BELUM reda kisah rumah tangga ibu bapanya, penyanyi Syada Amzah mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya.
Syada atau Nursyuhada Amir Amzah, 25, berkata, seorang individu tidak dikenali tiba-tiba datang ke rumahnya untuk melihat kediaman tersebut.
Kehadiran individu tersebut turut mencetuskan tanda tanya disebabkan mereka tidak pernah meletakkan sebarang notis untuk menjual rumah tersebut.
Luahan Syada di Intsastory miliknya.