SELEPAS beberapa kali tertunda, pelakon Nadiya Nisaa akan berehat seketika daripada sebarang aktiviti membabitkan dunia seni.
Nadiya atau Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, 40, berkata, dia akan berehat selepas menyelesaikan semua projek yang sudah dipersetujui lebih awal sehingga bulan Jun depan.
“Insya-Allah hasrat hendak berehat daripada bidang lakonan itu masih ada.