PERTAMA kali menyambut Aidifitri sebagai isteri, Watie Hanifiah tidak sabar untuk bersalaman dengan suami iaitu Shuib di pagi satu Syawal.
Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, berkata, dia paling teruja untuk menantikan momen mencium tangan suami di pagi raya.
“Apa yang paling saya teruja untuk menyambut Aidilfitri ini adalah mahu bersalaman dengan suami di pagi raya,” katanya kepada mStar.