SELEPAS hampir lima tahun kehilangan suami, Nor Hidayah masih tidak lupa menitipkan ucapan hari lahir buat arwah Abam yang diraikan pada 19 Januari lalu.
Hidayah atau Nor Hidayah Mohd Ali, 33, berkata rasa cintanya terhadap Abam masih utuh meskipun mereka kini di dua dunia berbeza.
“Selamat hari lahir suamiku tersayang, genap umurmu 37 tahun. Walaupun kita terpisah jauh antara dua dunia, rasa cinta sayang pada abang masih seperti dulu,” katanya.
Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020.