SELEPAS empat bulan mendirikan rumah tangga, pelawak dan penyampai radio Suria FM iaitu Chiwan bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
Berita gembira kehamilan itu dikongsikan oleh isterinya iaitu Amira Ayuni Hashim di Instagram pada Selasa.
Amira bagaimanapun tidak berkongsi usia kehamilannya namun kandungan dianggarkan sudah memasuki trimester kedua.
Chiwan teruja ketika terima khabar kehamilan isteri.