PENYANYI rap Caprice kecewa dengan sikap segelintir masyarakat Malaysia yang cepat menjatuhkan hukum susulan sekumpulan warga Palestin membuat kecoh di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) baru-baru ini.
Caprice atau Ariz Ramli, 36, berkata, orang ramai tidak sepatutnya terus menjatuhkan hukum terhadap kes terpencil tersebut sehingga ada menggesa kerajaan menghantar mereka pulang ke Palestin.
Kata Caprice, jangan disebabkan sebuah keluarga menimbulkan masalah membuatkan masyarakat lupa tentang 40,000 umat Islam yang terkorban di Palestin akibat kekejaman Zionis.