DISEBALIK kejayaan menambat hati juri semasa sesi uji bakat program realiti America’s Got Talent 2023 (AGT 2023) baru-baru ini, penyanyi Cakra Khan mengakui dirinya berdepan perasaan gementar luar biasa.
Kata Cakra atau Cakra Konta Paryaman, 31, perasaan gugup keterlaluan itu mungkin disebabkan dia bertanding di luar negara sendirian tanpa ditemani individu dikenalinya.
“Dulu saya juga pernah mengikuti pertandingan di Indonesia cuma belum ada rezeki. Jika ditanya perbezaanya tidak ketara sangat kerana proses menunggu, latihan sebelum persembahan semuanya sama.