KEMUNCULAN Yuna sebagai wajah muka depan sebuah majalah menjadi bualan ramai apabila dia disangka sengaja menunjukkan rambutnya yang terjurai di sebalik turban digayakan.
Menjawab kekeliruan itu, Yuna atau Yunalis Mat Zarai, 38, menjelaskan ia bukan rambutnya sebaliknya mengenakan aksesori topi berbulu di bahagian kepalanya.
“Itu bukan rambut saya tapi memandangkan saya mendapat perhatian ramai… Jangan berhenti bercakap mengenai Palestin,” katanya.
Yuna pilih pereka fesyen yang memberi sokongan kepada Palestin.