PERKONGSIAN video TikTok anak usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B yang menggayakan pakaian feminin mencuri perhatian netizen.
Mana tidaknya, Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 19, yang sebelum ini dikenali dengan imej tomboi tampil manis menyarung gaun hitam berkilauan.
Bukan itu sahaja, Cik B turut kelihatan berbeza dengan solekan tebal pada wajah dipadankan dengan rambut palsu panjang.