PENYANYI yang berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Yuna memilih Kuching, Sarawak berbanding Kuala Lumpur bagi konsert jelajah Asia pada 27 Oktober ini.
Penganjur Yuna Asia Tour iaitu RK LiveAsia dan Icon Entertainment dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya yakin konsert tersebut tetap mendapat sambutan luar biasa peminat meskipun tidak diadakan di Kuala Lumpur.
“Dengan imej dan kehebatan Yuna, di mana pun lokasi persembahannya ia pasti akan mendapat sambutan luar biasa.
Yuna bakal menemui peminat di Sarawak pada 27 Oktober.