SELEPAS lima tahun berhijrah, pelakon Zila Bakarin tidak melihat pemilihan faktor pemakaian menjadi pengukur mendapatkan tawaran berlakon.
Kata Zila atau Rosmawati Bakarin, 50, setiap manusia sudah ditetapkan rezekinya oleh Allah SWT, dan sebagai umat Islam dia percaya dengan takdir telah ditentukan.
“Sebenarnya nak pakai tudung atau tidak, itu adalah hak individu. Kalau kau rasa buka tudung itu untuk dapat job lagi, itu semua rezeki Allah.
Zila berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran video di TikTok.