FILEM Blood Brothers: Bara Naga mencetus fenomena luar biasa apabila berjaya mendapat kutipan sebanyak RM9.2 juta hanya dalam dua hari tayangan awal dan rasmi bermula 8 April lalu.
Susulan kejayaan itu, filem yang sedang ditayangkan di 170 pawagam itu menjadi antara karya tempatan dengan capaian kutipan paling tinggi bagi tempoh tersebut.
Antara negeri yang mencatat kutipan tertinggi ialah Selangor, Johor, Kedah, Pahang dan Terengganu.
Barisan pelakon dan tenaga produksi filem Blood Brothers: Bara Naga.