Dengar Suria

Hiburan

Beri tempoh 7 hari, Sarah Yasmine tuntut ganti rugi hampir RM1 juta terhadap Aliff Aziz

WANITA yang pernah mengaku kekasih gelap Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menuntut ganti rugi sebanyak S$250,000 atau RM875,000 terhadap aktor berkenaan sebagai pampasan kerana secara salah memulakan tuntutan di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan (POHA) terhadapnya tahun lalu.

Sarah, 25, berkata, tindakan tersebut tidak berasas memandangkan Aliff sudah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat dengan aktres Ruhainies pada 21 Februari lalu.

Jelas Sarah, pengakuan dibuat Aliff sekali gus mengesahkan semua kenyataan pernah dikeluarkan terhadap aktor itu sebelum ini terbukti benar.

Tuntutan yang dikongsikan Sarah di media sosialnya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%