BEKAS penyampai radio stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kassim Lee meninggal dunia kira-kira pukul 2 petang Ahad di Hospital Selayang, Selangor.
Kassim berusia 50 tahun.
Berkongsi khabar duka itu, sahabat Allahyarham dikenali sebagai Ema memberitahu Kassim dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 11 Ogos lalu akibat masalah ketumbuhan di bahagian kepala.