PERSONALITI media sosial Ryan Bakery menghadiahkan sebuah beg tangan berjenama yang menjadi idaman isterinya sebagai tanda menghargai pengorbanan wanita itu yang sedang hamil anak pertama mereka.
Ryan atau Muhammad Ryan Fahmy Bakery, 28, berkata, isterinya iaitu Elyia Ibrahim juga sudah banyak berkorban malah setia melalui fasa susah dan senang bersamanya sebelum ini.
Walaupun hadiah diberikan tidak seberapa berbanding pengorbanan dilakukan namun dia sudah lama berhajat menghadiahkan beg tangan tersebut kepada Elyia.
Ryan sudah siapkan kelengkapan menyambut kelahiran anak pertama.