PELAKON Lan Zailan dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Kuala Lumpur sejak Rabu lalu akibat masalah batuk berpanjangan.
Isterinya iaitu Ruby Sara Omar, 51, berkata, keadaannya tidak menunjukkan sebarang perubahan walaupun sudah beberapa kali di bawa ke klinik sejak Oktober lalu.
Malah keadaan Lan atau Zailan Kamaruddin, 66, semakin lemah sejak seminggu lalu sehingga terpaksa menerima rawatan segera di hospital.
Isteri bimbang lihat keadaan Lan lemah.