PELAKON Ramona Zamzam menyifatkan tindakan segelintir selebriti tempatan bersuara dan menunjukkan soladariti terhadap Palestin selepas nama mereka muncul dalam senarai boikot sebagai tidak ikhlas.
Ramona atau Ros Ramona Zamzam, 34, berkata, tindakan tersebut sepatutnya dilakukan sejak awal dan bukannya selepas gerakan Blockout2024 tercetus.
“Sesetengah daripada korang yang tak pernah post satu apa pun sekarang dah masuk senarai blockout, baru terhegeh-hegeh nak upload.
Ramona membuat perkongsian itu di Instagram miliknya.