ISTERI penyanyi dan komposer Cat Farish kecewa apabila tindakan memberi pinjam beberapa barang berniaga kepada salah seorang ejen dibalas dengan pengkhianatan.
Shikin Maembong, 41, mendakwa, peralatan yang dipinjam dipulangkan dalam keadaan tidak sempurna selain kotor sehingga dia terpaksa membersihkannya sendiri.
“Saya bagi pinjam barang berniaga dengan cara elok tetapi ejen Cekopis itu hantar semula barang dalam keadaan teruk.
Shikin berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.