MISTERI kehilangan abang kepada penyanyi Aufahanie iaitu Nidzar Afham mendapat sedikit petunjuk apabila terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar jambatan Sungai Klang.
Kakak sulung Aufahanie iaitu Efahanie memberitahu ketika ini pihak keluarga kini sedang bersama polis bagi memeriksa rakaman CCTV.
“Sekarang kami bersama pihak polis sedang memeriksa rakaman CCTV di kawasan berdekatan,” kongsinya ringkas kepada mStar ketika dihubungi pada Rabu.
Afham dilaporkan hilang sejak malam Selasa.