PELAKON Fikry Ibrahim berkongsi khabar duka pemergian bapa tercinta iaitu Ahmad Ibrahim pada pagi Jumaat.
Memaklumkan perkara tersebut menerusi Instagram, Fikry, 30, turut memohon orang ramai mendoakan agar urusan Allahyarham dipermudahkan.
“Ayah saya, Ahmad Ibrahim sudah kembali ke rahamtullah. Doakan ayah saya diampunkan segala dosa-doa, dipermudahkan urusan dan ditempat dalam kalangan orang beriman,” katanya.
Bapa Fikry ditidurkan sebelum meninggal dunia.