SELEPAS teruk dikecam kerana nyanyian sumbang dalam sebuah program televisyen di Indonesia, penyanyi Fazura kembali bangkit membuktikan kemampuan dirinya.
Terbaharu, Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkongsi video dia bergandingan bersama Kalya Islamadin menyanyikan sebuah lagu dalam rancangan After Office Jamming.
Menurut Fazura, lagu Make You Feel My Love yang dipopularkan oleh Adele itu sangat bermakna buat dirinya memandangkan ia sering didengkan kepada anaknya iaitu Fatima Aisya.
Fazura dilihat menghayati nyanyiannya.