TIDAK lokek berkongsi rezeki, pelawak Shuib bermurah hati memberikan hadiah wang tunai kepada seorang pemuda yang bekerja sebagai penghantar barangan.
Hanya dengan menjawab tiga soalan mudah berkaitan Ramadan, pemuda berasal Kuala Lumpur itu menerima wang tunai RM250 daripada Shuib.
Kata Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, tujuannya melakukan content sedemikian sebagai penghargaan kepada mereka yang sering membantu orang lain dalam urusan harian.
Pemuda penghantar makanan dapat duit tunai dari Shuib.