DAHULUNYA dikenali sebagai D’Bagindas, namun kini kumpulan dari Indonesia itu mahu tampil dengan nama Bagindas.
Vokalisnya iaitu Andra berkata kumpulan itu mahu tampil segar dengan mengetengahkan rentak lagu mengikut peredaran zaman dan mudah diterima pendengar.
Untuk menarik lebih banyak peminat, kumpulan itu tidak mahu bergantung kepada satu genre, sebaliknya hadir dengan pelbagai genre muzik.
Bagindas semasa sidang media untuk konsert sulungnya di Malaysia.