SELEPAS lima tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya penyanyi Sufi Rashid bakal menimang cahaya mata pertama.
Jelas Sufi atau Muhammad Sufian Rashid, 33, isterinya Nurulain Md Yusof sedang hamil anak perempuan dan usia kandungan sudah memasuki enam bulan.
“Alhamdulillah, sekarang isteri tengah hamil enam bulan dan bayi dalam perut ini adalah bayi perempuan,†katanya kepada mStar.
Sufi teruja bakal menimang cahaya mata perempuan.