SELEPAS hampir lima bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Syasya berkongsi khabar gembira dirinya kini hamil anak sulung.
Syasya atau Nursyasya Afiqah Shahrizal, 23, memaklumkan berita gembira itu dengan memuat naik beberapa gambar petunjuk termasuk foto bersama suami Nasrullah Mohd Sapie.
Dalam beberapa keping gambar yang dikongsi tertera poster yang menunjukkan ‘baby Emon is on the way’.
Syasya ada cara tersendiri kongsi kehamilan.