PENERBIT Datuk Ayu Puteh masih berada dalam trauma susulan pejabat miliknya yang terletak di Damansara Damai dipecah masuk 29 April lalu.
Berkongsi keadaan terkini, Ayu atau Normashayu Puteh, 48, berkata pihak polis masih lagi melakukan siasatan secara terperinci malah tidak menolak sekiranya ada unsur khianat.
“Kes pecah pejabat masih lagi dalam siasatan polis… Mereka nampak pelaku mencari sesuatu dan bukan pecah pejabat biasa. Ada unsur-unsur khianat.