GARA-GARA berkongsi pendapat mengenai isu ‘Block Out 2024’ yang kini hangat diperkatakan netizen, tidak semena-mena gaya hidup mewah pengacara Awal Ashaari menjadi bualan.
Tampil menjawab mengenai perkara itu, Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari, 42, mengakui bukan mudah dia mencari rezeki bagi menyara keluarganya.
Malah, apa dimiliki hari ini bukan diperoleh dengan mudah dan dia juga perlu menjalani kehidupan seperti orang lain.
Awal membalas komen di sosial media.