BEKAS isteri kepada Allahyarham Bad Indigo iaitu penyanyi Ashira berkata banyak kenangan indah dilalui mereka sepanjang tempoh perkahwinan meskipun hubungan itu tidak bertahan lama.
Kata Ashira atau Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 38, dalam tempoh setahun perkahwinan itu mereka bersama-sama melalui fasa hidup susah dan senang.
“Mengenali arwah adalah satu kenangan paling manis. Seperti yang semua tahu kami kenal selepas sama-sama terlibat dalam Gegar Vaganza musim ketujuh pada tahun 2020.
Ashira dan Bad mula rapat ketika terlibat dalam program GV7.