BIMBANG perubahan saiz pada kemaluan berlaku gara-gara pertambahan berat badan, usahawan sensasi Iqbal Zulkefli nekad melakukan pembedahan bariatrik.
Selain masalah itu, Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 29, berkata tujuannya membuat pembedahan potong usus itu juga bagi mengubah penampilan dan menjaga kesihatan diri.
“Saya mencari orang yang boleh potong perut saya dengan segera. Saya perasan apabila gemuk ini memang membuatkan aset kita (kemaluan) kecil.
Iqbal nekad untuk mengubah penampilan diri.