BERSYUKUR kes dipukul jurugambar sudah selesai, pereka fesyen Razman dan Razmi berharap insiden tersebut memberikan pengajaran kepada semua pihak.
Menurut Razman, 53, mereka enggan lagi memanjangkan isu itu tambahan pula jurugambar berkenaan iaitu Aqo Imran sudah membuat pengakuan bersalah di mahkamah.
“Alhamdulillah kami bersyukur kes yang berlaku sebelum ini sudah selesai. Dia (Aqo) pun dah mengaku bersalah di mahkamah dan sudah membayar denda.
Razman (kanan) dan Razmi (kiri) syukur kes bersama Aqo sudah selesai.