PELAKON Datin Anne Ngasri dilantik sebagai Timbalan Pengerusi GiatMARA baru-baru ini.
Anne atau Naszriah Ngasri, 39, memaklumkan mengenai perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram pada Sabtu.
Menerusi hantaran sama, Anne turut berkongsi sedang memberi skrol kepada graduan di Majlis Konvokesyen Graduasi GiatMARA ke-36 Zon Pantai Timur 2023.
Anne mula aktif dalam politik sejak 2013.