PENYANYI ternama Anita Sarawak nekad meninggalkan dunia seni bagi memberi fokus kepada kehidupan peribadi bersama suaminya di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Perkara tersebut dikongsi rakan baik Anita yang juga bekas wartawan hiburan New Straits Times (NST), Shuib Taib yang menghubungi penyanyi itu pada November lalu.
Menurut Shuib, Anita kini lebih selesa untuk tidak lagi terlibat dengan dunia glamor seperti mana pernah dikecapi sebelum ini.
Anita tidak lagi aktif dalam dunia seni.