SELEPAS pelawak dan usahawan Shuib berkongsi perasaan sebak anaknya iaitu Dzakira Talita Zahra sudah datang haid, kali ini ibu tiri kepada arwah Siti Sarah Raisuddin pula berkongsi momen berkenaan.
Menerusi hantaran di Instagram, Siti Fatimah Suberi atau lebih dikenali sebagai Makder turut meluahkan rasa syukur kerana Talita kini sudah melangkah alam dewasa.
“Ti (panggilan Siti Sarah), anak kau dah besar. Petang tadi pukul 5.34 petang video call Talita, sembang-sembang biasa dengan dia. Lepas tu entah kenapa saja tanya… Dekta dah period ke? lepas itu dia cakap belum.
Perbualan di aplikasi WhatsApp di antara Makder dan Talita.