PEMERGIAN penyanyi Suhaimi Saad bertemu sang pencipta pada 15 November lalu bukan sahaja memberi kesan kepada keluarga tetapi ramai orang turut terkesan apabila mengetahui kisah kehidupan Allahyarham sebelum ini.
Ini termasuk pendakwah terkenal Asma’ Harun yang kagum dengan persiapan dilakukan Allahyarham sebelum menghadap kematian yang disifatkan sebagai sangat luar biasa.
Paling membuatkan Asma’ kagum adalah kisah sebelum arwah ditidurkan apabila anak lelakinya iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, sendiri yang memimpin mengucap dua kalimah syahadah selain mengambil wuduk.
Asma ketika berkongsi kepada pengikutnya di media sosial tentang Suhaimi Saad.