ANAK pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Danisha Hakim menerima Anugerah Modal Insan selain cemerlang dalam peperiksaan akhir tingkatan empat.
Norman atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 49, berkata dia dan Abby serta ahli keluarga lain memanjatkan kesyukuran atas kejayaan itu dan berharap Danisha cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti.
“Dengan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah, Papa, Mama, Mummy (panggilan Memey) dan Abah (suami Abby) berterima kasih kepada Allah kerana mengurniakan kejayaan yang indah ini.
Norman (kanan) bersyukur melihat kejayaan yang diraih Danisha (kiri).