PENGACARA Datuk AC Mizal memaklumkan anak lelakinya iaitu Muhammad Reeve Damien bakal melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan perniaggan dan akaun di sebuah universiti di Berlin, Jerman.
AC atau Mizal Zaini, 52, berkata, sebagai bapa dia melihat pemergian Reeve ke luar negara bakal membantunya membina kehidupannya sendiri dengan menimba pelbagai pengalaman yang akan mematangkannya.
“Tidak lama lagi apabila kamu (Damien) ke luar negara untuk melanjutkan pembelajaran, saya terfikir untuk berkongsi pelajaran ini dengan kamu.