LEBIH sedekad dalam industri, penyanyi Ameerais menghadiahkan peminatnya dengan single terbaharu berjudul Selalu.
Dalam keterujaan, Ameer atau Mohamad Arif Ameerais Azhar, 34, menyifatkan karya kali ini berbeza dengan lagu yang pernah dinyanyikan memandangkan genre diketengahkan kedengaran lebih segar.
“Lagu ini agak berbeza dari lagu-lagu rock yang biasa saya bawa.