TIDAK pernah tampil berdua dalam mana-mana program televisyen bersama suami, penyanyi Datin Alyah terbuka jika ada tawaran ke arah tersebut.
Bagaimanapun kata Alyah atau Noor Hasliah Abu Hassan, 43, tawaran tersebut perlu dibuat kerana statusnya sebagai seorang selebriti dan bukan sekadar penampilan isteri kepada pengarah muzik, Datuk Ramli MS.
“Tiada masalah tampil bersama suami dalam mana-mana program televisyen sekiranya tawaran itu datang dengan betul.
Alyah terbuka terima tawaran tampil dalam program televisyen.