TINDAKAN usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri tampil dengan single raya baharu berjudul Love Raya mengundang rasa kurang senang ibunya iaitu Rozita Ibrahim.
Mengulas mengenai lagu nyanyian anaknya itu, Rozita, 60, meminta Aliff segera memadam video muzik (MV) berkenaan kerana dianggap keterlaluan dan menjijikkan.
“Semua orang tak suka pun tengok, jangan jadi orang yang namanya Islam tapi tidak mencerminkan akhlak Islam, tolong delete video itu.
Rozita membuat teguran itu di Instagram pada Isnin.