USAHAWAN kosmetik Aleeya Zailan tampil mempertahankan diri selepas didakwa sengaja mencari publsiti murahan apabila menularkan cerita kualiti air kotor di sebuah hotel lima bintang di Melaka.
Aleeya, 35, berkata, sebagai ibu dia sesekali tidak tergamak mahu menyakiti anak-anaknya semata-mata untuk mendapatkan perhatian.
Tambah Aleeya, perniagaannya yang semakin maju juga tidak memerlukan publisiti murahan semata-mata meningkatkan jualan produk.
Aleeya alami sakit tekak selepas menggosok gigi menggunakan air di hotel berkenaan.