ARTIS serba boleh Jaafar Onn meninggal dunia ketika menjalani prosedur endoskopi di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor pada pagi Rabu.
Anak angkatnya iaitu Mohamad Hanif Hashim, 30, memberitahu prosedur yang dilakukan Jaafar, 73, berisiko tinggi susulan jantung Allahyarham berada dalam keadaan lemah.
Katanya, Allahyarham terpaksa menjalani prosedur tersebut susulan mengalami pendarahan teruk semasa membuang air besar.
Hanif setia menemani Allahyarham di hospital.