KEPUTUSAN untuk keluar daripada Exists tidak membuatkan penyanyi dan komposer Ajai mempunyai masalah untuk bekerjasama bersama kumpulan berkenaan lagi.
Kata Ajai atau Mohd Faizal Maas, 50, tiada perbalahan yang berlaku antara mereka meskipun ada beberapa anggota yang memilih haluan masing-masing dan meninggalkan kumpulan berkenaan.
“Walaupun dalam Exists ada anggota yang sudah keluar kumpulan, macam saya sendiri tetapi kami semua tidak ada masalah sekiranya dipanggil untuk membuat persembahan bersama.