PENYANYI dan komposer Aizat Amdan tampil dengan siaran podcast sendiri sebagai cara mendekatkan diri dengan peminat.
Aizat atau Muhammad Aizat Amdan, 35, berkata, idea tampil dengan Dari Studio Podcast bukan sahaja kerana ingin mengikut trend semasa tetapi ingin berkongsi tentang pengalaman dalam dunia seni dengan peminat.
Tidak hanya memberi fokus diri sendiri, Aizat memberitahu dia juga ada menjemput tetamu seperti Haqiem Rusli, Amylea Azizan, Aziz Harun dan Aepul Roza berkongsi pengalaman.
Siaran Dari Studio Podcast bersama Aziz Harun (kiri).