TEMPOH tahanan reman pasangan pempengaruh media sosial Aisyah Hijanah dan suami, Alif Teega selama tujuh hari berakhir pada Selasa.
Aisyah, 26, dan Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, bagaimanapun perlu membayar wang jaminan sebanyak RM100,000 setiap seorang di mana RM20,000 perlu dibayar secara tunai dan baki RM80,000 tanpa cagaran, masing-masing dengan seorang penjamin.
Menurut laporan media tempatan, pasangan itu juga perlu melaporkan diri sebulan sekali di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan.
Alif dan Aisyah ketika dibawa ke mahkamah pada 11 Julai lalu.