PENYANYI Aina Abdul menghormati pendapat artis senior iaitu Man Bai yang merasakan dia masih belum mempunyai ‘killer song’ yang diingati pendengar.
Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata, walaupun ada perasaan sedih dengan kenyataan tersebut namun dia bersetuju dengan apa dikatakan oleh Man Bai.
Disebabkan itu, Aina tidak akan sesekali berputus asa dalam terus mencipta karya terbaharu yang mungkin ada di antaranya akan menjadi lagu ‘berhantunya’.