PENYANYI Aina Abdul terus konsisten mengembangkan kariernya dan mengharumkan nama di persada antarabangsa apabila terpilih mewakili negara untuk beraksi di pentas global ‘ABU TV Song Festival 2023’ anjuran Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU).
Persembahan magis Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, menerusi lagu ciptaannya Terus Hidup berjaya memukau hampir 2,000 penonton di dalam dewan KBS Hall, Seoul, Korea Selatan pada Ahad.
Kata Aina, diberi peluang keemasan mewakili Malaysia untuk beraksi di pentas antarabangsa merupakan satu penghormatan yang cukup istimewa buat dirinya.
Aina sifatkan persembahannya di Korea Selatan sebagai pengalaman terbaik.