PENYANYI Aiman Tino terkandas di Seoul, Korea Selatan susulan salji lebat yang melanda negara berkenaan ketika ini.
Aiman atau Muhammad Aiman Yusri, 26, berkata, dia sepatutnya pulang ke Malaysia pada Rabu bagaimanapun penerbangan tersebut terpaksa dibatalkan akibat cuaca buruk.
Kata Aiman, dia bersama isterinya Che Syarah Haifa Che Isa, 25, terpaksa duduk di dalam kapal terbang selama lapan jam sebelum dimaklumkan penerbangan dibatalkan.
Aiman luahkan kebimbang yang dirasainya ketika terkandas.