BIMBANG isu buli yang didakwa berlaku dalam industri seni, pelakon dan pengarah Dr Ahmad Idham tampil menasihati pendatang baharu yang menjadi mangsa insiden berkenaan.
Dalam hal ini, Idham atau Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 50, berkata mangsa perlu berkongsi kejadian di set penggambaran kepada pengarah dan bukannya melalui media.
Ini kerana pengarah merupakan ketua di lokasi penggambaran dan perlu mengetahui sesuatu kejadian yang berlaku di sebalik tabir.
Nasihat Idham kepada pendatang baharu.