SUDAH beberapa kali mengadakan persembahan di Malaysia, penyanyi Afgan memberitahu dia sebenarnya masih belum bersedia untuk melakukan konsert di stadium besar.
Jika artis lain teruja untuk menganjurkan konsert di lokasi lebih besar, namun Afgan atau Afgansyah Reza, 34, memberitahu dia pula berasa bimbang untuk beraksi di hadapan kapasiti penonton yang ramai.
Justeru itu, untuk konsert kali ini Afgan memilih Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sebagai lokasi Afgan Live In Concert With Orchestra yang bakal berlangsung pada malam Sabtu.
Afgan bimbang untuk lakukan persembahan di depan ribuan penonton.