ISTERI kepada pengarah Datuk Afdlin Shauki iaitu Datin Marcella menjelaskan mempunyai alasan mendiamkan diri ketika mereka mendirikan rumah tangga tahun lalu.
Selain mahu menjaga privasi, Marcella, 28, perlu menghormati permintaan arwah bapanya yang meninggal dunia pada tahun lalu.
“Salah satu sebab kami rahsiakan adalah kerana mahu menjaga privasi dan ketika itu arwah bapa sedang sakit. Atas pemintaan dia juga kami segerakan perkahwinan.
Marcella (kanan) buat pertama kali bertemu media selepas bergelar isteri.